Thursday, November 19, 2009

Umi Punye Cerita





Salam cuti sekolah...selalunye c.da akan story about insyirah n ayahnye..tp n3 kali ni psl umi plak..2 weeks b4 school holiday..layan...;)





program lepasan PMR

(sesaje nk mengikut diorg ni, dh lama xjoin lawatan camni sejak dh bertiga..)


MUZIUM NEGERI TERENGGANU

TAMAN TAMADUN ISLAM & MASJID KRISTAL





lanskap dari TTI menuju ke Masjid Kristal, bo thn jauh jgk...lotih berjalan.



air sungai trg..nmpak x jmbatan kt dpn tu, jambatan sultan mahmud...skrg air sungai naik coz hujan, xtau r camner keadaannya.


Meeting GD @Federal Hotel, KL


meeting guru data sbp akhir tahun
on d way balik, Komuter-Bas-Fly

n3 ni sebenornye dh lama, tp baru skrg dpt disiapkan...(tu pun sbb si puteri ni tgh tdo, kalu x dia yg lelebih plak). Untuk xtvt seterusnye, kta tggu n3 yg akan datang..
Jumpa Lagi.

Monday, October 26, 2009

Insyirah dan Ayah

Insyirah dan ayah di pantai

suka tgk gelagat org lain,



kita ke depan, dia ke kiri..itulah insyirah


takut nk dekat, tp bila dh pandai main air xnk balik jawabnye..



Bila ade waktu terluang di sinilah tempatnye kitorang 'melepak' ambil angin..mmg best.
Sekarang insyirah dah pandai panggil 'AYAH'..asyik2 ayah je yg dipanggil...nk 'ukung' (dukung) pun dgn ayah..lagi satu dh pandai sebut nama ayah bila di taye..nama umi xde pule..huhuhu..insyirah sebenarnye anak yang cerdik, cepat je mengikut kalu di ajar..ingatan dia mmg bagus. Cabaran sekarang ni takut dia mengikut perkataan yang x elok je..maklum r budak2. Nk jadi mak budak pun bukan senang..'lotih'.

Jumpa Lagi, Wassalam..



Tuesday, October 13, 2009

Roses is pink...

Roses...pujaan hati c.da..pernah dari cameron c.da beli dn letak dlm bekas..esoknya tgk sume dh kembang...dn hati pun berbunga-bunga riangnya..hehe. Bukan ape, x pernah tgk bunga ros yg berkembang mekar dengan canteeknye..kalulah kt trg ni ade bunga yg segar, maunye hari2 c.da p cari..
Dan bunga juga melambang perasaan sayang dan cinta....sebagaimana sayang dan cinta c.da pd Hubby dan Insyirah..kelembutan warnanya mengambarkan bagaimana lembutnya hati wanita.
Moga insan bergelar wanita tabah dalam menjalani liku2 kehidupan..Tuhan mengujimu bukan sia-sia tetapi kerana Tuhan sayangkan kamu,wahai wanita. Kalu takut dilambung ombak,jgn berumah di tepi pantai..tp kalu dh buat rumah di tepi pantai, ombak dan badai harus kita tahan dan harungi dengan tabah.
Jumpa lagi, wassalam...

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri

Hari raye bakal menjelang,pasti sekarang semua tgh cbok membuat persiapan..dan coti sekolah pun bermula esok hari..Mmg hepi sesgt bdk2 ni..senyum sampai ke telinga nk balik beraya di kampung..
Sekolah c.da masih lagi bersekolah ari ni even kebanyakan sekolah telah pun bercuti..program dh diatur untuk hari ini dimana bermula dengan mento-mentee dan acara bersalaman dengan semua pelajar di dewan sambil didendang dgn lagu 'Balik Kampung'.(Penat je c.da salam dgn 200 lebih org pelajar pompuan,smpai lenguh pipi duk senyum je). Lepas je acara terus diorang naik bas,xnyabor sgguh.Maklum r duk asrama,mmg g2 sokmo.
So dikesempatan ini c.da ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata pada semua kenalan dan kawan2 serta bekas ank2 didik c.da.Moga semua ceria dan bahagia disamping orang yang tersayang.
Namun disebalik kemeriahan menyambut syawal ni, sekarang c.da masih lg menanti baju raye c.da yg xsmpai2 lg...mcm manelah baju raye boleh x smpai lg. Dah pos 3 hari yang lepas.Nampak gaye nye, ayah dan insyirah jelah yg beraya tahun ni coz umi insyirah xde baju raye.huhuhu. Bukan c.da saje, kawan baik c.da pun sama coz tempah dgn org yg sama...mintak2 r smpai hari ni. Kalu x ibaratnye trajedi di hari rayalah tahun ni..bukan ape baju tu merupakan baju tema pada hari raya pertama tahun ni..color jingga. Hubby dan jeling semacam je..hehe. Kalu xsmpai kita p cari yg lain ye sayang. Insyirah hepi je, maklum r baju kurung dah 3 pasang. Ngalahkan umi dia plak.
Pepun c.da harap syawal ni bakal memberi makna kepada kita semua dan lebih2 lg dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama kita .....(terutama kekawan coursemate kt U dlu serta kekawan satu Kolej yang sama2 menaikkan nama kolej kita, Kolej Rahman Putra)

Tuesday, September 08, 2009

Anak Ummi Yang Comel

My sweet daughter



Telah lapan belas hari kita berpuasa...dan tak lama lg ramadhan akan meninggalkan kita. Dan pastinya syawal kali ini amat berbeza bg c.da kerana Insyirah dah semakin dewasa. Sekarang udah pandai memanggil ummi...cuma ayah aje yg payah skit, tup tup yg kluar Pa Pa.

Udah pandai mengajuk bunyi binatang dan yang kelakarnya insyirah sangat takut dengan Cicakman. Kalu nampak memang akan lari. Udah pandai meraih simpati jika dia tidak diajak bersama.Hati sesiapa pun akan cair bila mendengarnya.Insyirah sekarang dalam proses pembelajaran..ape yg kita buat akan diperhatikan. So c.da kekadang terpaksa berlakon depan insyirah.

Tak lama lg insyirah akan mendapat adik baru....opps silap, adik sepupu yg baru..moga k.ngah dapat melahirkan baby dengan selamat.Aminn...

Dan ummi selalu berdoa moga insyirah akan jadi anak yang solehah dan membuat ayah dan umi bahagia.

Jumpa lg, wassalam.

Sunday, August 30, 2009

Dup, dup, dup..jantung berdebar.

Masalah penyakit berkaitan jantung banyak berlaku di negara maju dan membangun termasuk di Malaysia akibat terlalu lebih banyak makan dan kurang pergerakan fizikal.
Ini adalah senarai makanan yang dapat mengurangkan kolestrol dan risiko serangan jantung.

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING

Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL

Memakan sebiji epal hijau@ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.
5. IKAN TUNA

Ikan tuna kaya dengan sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E
. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet
dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Monday, August 10, 2009

Angah Dah Kawen..

Salam..bertemu kembali setelah sekian lama x update blog ni..dh bersawang jgk r. Di kesempatan ini c.da nk post gambar2 sekitar majlis perkahwinan adinda c.da, angah untuk tatapan korang.

tiba saatnya aku dinikahkan...

sedia?

mother and MIL angah nyer

sisters from left : Ira, Yana, Lisa and Acu.
ESOK HARI ....
Perarakan Raja Sehari

Rombongan ktorang...

Suri pilihan hati..

Sama hencem, sama lawo..

Pengapit Setia, Cik Amira..

Time ni ktorang x melepaskan peluang..hehe..

Moga kekal hingga ke akhir hayat...

(teringat masa c.da kawen dulu, huhu)

Masa majlis ini berlangsung, Toki c.da masih lg berada di hospital....sayangnya dia tidak sempat menyaksikan majlis cucundanya betul seperti mana yg pernah beliau katakan sebelum ini.

Pepun Kaklong doakan moga angah dan orang tersayang cepat-cepat dapat baby..xsabo nk ada anak sedara..(setakat ni xde lg ank sedara baik dari pihak hubby-insyirah cucu sulung kedua-duanya) tp akan datang,InsyaAllah..(kakak ipar dh nk masuk 8 bulan).

Tuesday, July 21, 2009

Perginya Seorang Hamba Allah


Dah lama x update blog ni..ke'busy'an melanda lebih-lebih lagi dengan majlis perkahwinan Angah pada 17 Julai yg lalu(nantikan n3 yg akan datang)...tapi dalam keadaan yg busy ini c.da dikejutkan dengan berita kematian atuk (tok ki) yang dikasihi tanggal 27 Rejab(Israk Mikraj) yg lalu. Tok ki c.da ni dh lama sakit, asyik kluar masuk hospital sahaja. Malam sebelum kematiannya c.da sempat melawat tok ki c.da ni di hospital setelah di khabarkan dia agak tenat. Malam tu pukul 12 c.da bergegas ke hospital. Sempat r juga menjaga dan membacakan surah Yasin.
Keesokkan kami sekeluarga memutuskan untuk membawa tok ki pulang setelah keadaannya tidak menampak sebarang perubahan..Namun siapa sangka dalam saat menanti ketibaan Tok ki tersayang, rupanya Allah lebih dahulu menjemputnya..Tok ki meninggal dalam perjalanan pulang ke rumah. Perjalanan yang rupanya membawa dia jauh dari kami semua. Amat sedih tapi kami semua redha atas pemergiaannya.
Al-Fatihah buat Almarhum Embong bin Ismail..

Monday, July 13, 2009

Ketenangan Hati

Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman, bersinar harum tersebar, bagai wanginya pusara Masyitah..

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang hening
melainkan dengan bermunajat kepada-Mu
Tiada indah suatu hari yang aku lalui
kecuali dengan patuh kepada-Mu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan keampunan-Mu
Ya Allah Tuhanku yang merubah kalbu
Tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa dalam agama-Mu
Jua taat akan perintah-Mu

Tuhan
Usah bebankan kami
dengan bebanan yang berat
seperti yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu...dari kami
Tuhan
Jangan pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami...


(Lirik Lagu Nasyid Kumpulan Devotees)

Friday, June 26, 2009

Umi rindu adik..

Ari ni c.da duk kuantan tengah taklimat SMM. Sebelum tu c.da dh ke cherating untuk KUDATA. Sesapa yg jadi guru data sekolah memang kena tabah dalam menghadapi sebarang cabaran yang akan di hadapi kerana salah satu syarat untuk menjadi guru data ialah dia mesti seorang yang bersedia dari segi mental dan fizikal.
Tapi sebenarnya c.da rasa penat sangat berkejar ke sana-sini dan yang sodihnya terpaksa meninggal anakanda kesayangan c.da. Begitu setianya guru pada tugasnya. Rela berkorban masa dan tenaga demi menunaikan amanah yang diberi. Namun tak semua faham tentang tugas kita dan kadang kala pengorbanan kita tidak dihargai.
Baru sehari di sini c.da dh kangen bangat dengan puteri c.da. Yelah ari tu dh tinggal dia 3 hari skrg tambah 3 hari plak. Aduih, rindu betul ni..Rasa serba salah pun ada. Yang sodih lg ayah insyirah pun terpaksa ke besut jgk waktu ni..so insyirah full time ngan mak tok dia.
Balik dari cherating ari tu c.da p ambik dia kt umah mak. Memang dia terkejut nampak c.da..nampak lain sgt. Mungkin dia tak percaya yg umi dia dh balik kot. Tup2 esok kena tinggal balik..Hubby cakap waktu nk tinggal tu insyirah moody je..xnak layan ayah. Dia tau kena tinggal kot.
Tak sabar menanti ari esok. Esok c.da akan bertolak balik..harap semua berjalan lancar dan perjalanan balik selamat. Tak sabarnya nak jumpe insyirah. Umi rindu adik..(dan hubby, hehe).

Saturday, June 20, 2009

Selamat Hari Ayah


Khusus buat insan yang bernama ayah, abah, babah, abi, walid, bapak, papa dan sebagainya..SELAMAT HARI BAPA....c.da x sempat nk celebrate untuk hubby tp mujurlah semalam ktorg sempat menjengah ke air terjun Lata Tembakah di Besut. Insyirah siap main air sampai xnak balik..penat pujuk last2 c.da jugak yg poning..nk jalan sendiri katakan.'x sedar yg dia tu kecik nk daki tangga' huhuhu..
Ari ni c.da akan berkursus di cherating dan hubby plak ke dungun dengan program khidmat bakti..dan insyirah akan tinggal ngan mak tok dia hampir seminggu..coz balik cherating c.da kena pergi mesyuarat di kuantan plak..harap2 semua berjalan dengan lancar.

So n3 ni khas untuk hubby dan bapak tersayang. Terima kasih ayah atas pengorbanan ayah selama ini untuk kami berdua. Kami sayang Ayah. Moga hidup ayah dirahmati Ilahi. Tak lupa buat bapak c.da, jasa pak amat c.da sanjung dan Insyaallah akan c.da balas jasa pak selama ini selagi termampu.
(Foto xleh upload coz lappy ni xde gambo diorang...)

Sunday, June 14, 2009

Hanya Tinggal Kenangan

Buah hati kesayangan hamba telah dilarikan orang..kehilangannya amat dirasai bila mana terlalu singkat masa kita bersama berdua..huhu. Kalu nk tau nilah dia 'kekasih' c.da..malang sekali dah diambil orang.


Sony Ericsson G900

Apa dayaku...kejadian berlaku malam setelah kami tiba dari Melaka. Sedar2 'sidia' dh diambil orang tanpa rela di rumah sewa c.da dengan menggunakan 'joran' yang dibuat sendiri. Biasanya c.da simpan di tempat yang tersorok. Oleh kerana malam tu kitorang penat so c.da letak kt atas kepala je.
So c.da nk pesan pada semua agar berhati-hati ketika menyimpan barang2 yang berharga, terutama handbag. Be careful kepada pengail yang tak bertimbang rasa. Sodih betui..

Monday, May 25, 2009

Ada Ape Pada Nama

Ada sesiapa yg serupa nama dgn c.da x? Ingin jugak tahu, coz setakat ni tak jumpa lg..

NORHIDAWATIE
NNaif
OOportunis
RRamah
HHarum
IIkhlas
DDinamik
AAmanah
WWarak
AAlim
TTulus
IIdealistik
EEmosional
Apa ada pada nama?

ala... ye ke? ambil sebagai pengajaran even xleh percaya 100% sgt.

Thursday, May 21, 2009

Tag Dari Ena

Tag ni dh lama cuma baru skrg rasa nk jawab.. sori ye sahabat..


Soklannya:
1) You just go to your photo folder in your computer..

2) Then go to the 6th folder of photos..

3) Then go to the 6th picture in that folder..

4) Put the picture on your blog n description of it.

5) Invite 6 friends to join the challenge.

6) Link them in your blog n let them know they have been challenged.


Jawapannye..hehe mcm jwb soklan pekse plak.

gambo raye thn lepas..ayah dan insyirah. insyirah moody skit ari tu, x suke org ambik gambar kot. Pepun nilah orang kesayangan c.da selepas bapak dan mak.
kALu ikut tag tu, kena invite kwn..6 people, so yg bertuah ialah..
1) k.zurena samura
2) k.hasnizan
3) eddy ex student
4) ihsan ex student
5) asmaa ex student
6) sesapa yg tgh membaca blog ni..
p/s : jawab jgn x jawab.

Monday, May 18, 2009

Kad Ucapan Untuk Guru

Kad yg telah dibuat sendiri oleh pelajar Brains...(mmg kreatif bdk2 ni)















terima kasih anakanda semua.