Sunday, December 12, 2010

Cameron Highland 2010

Antara kenangan di cameron highland..

Bila dh sampai cameron, x sah kalu x singgah tea farm...hubby and his brother and sister..(diorg ni first time dtg cni..), umi insyirah mmg hobby ambik gambar je.

Insyirah and strawberry...uih..kan dh kelat muka,masam..

xtau sbb pe, bila nk dwload foto ambik masa hampir setengah jam so c.da just share satu dua je lah yang berjaya di upload.
And the new story,my girl plak demam..terkena jugak ngan virus chicken pox..huhu, ingatkan dh leh elak, tup2 dh terjangkit..so c.da dh standby awal2, buat pe2 yg patut tp masalah sekarang insyirah dh xnk mkn ubat..aim dia bila makan akan muntah..poning jugak c.da. So pepandai ler letak ubat dlm susu ke, (separuh je lah yg masuk).
Harap2 insyirah akan cepat sembuh coz ari2 dh ajak p jejalan p pantai..cian anak umi. Sabar ye..moga Allah beri kekuatan pada anak umi. Doakan kami.

Jumpa Lagi..

Thursday, December 09, 2010

Alahai....

Salam.yuhu dah lama x update ni, dh bersawang bonar ni..hehe. Cuti sekolah memang dinantikan tapi tahun ni c.da ambik tugas jaga exam SPM (masih lagi berlangsung). Tapi sebelum tu c.da nk story about 'chicken pox'. Bukan ape, pengalaman first time kena, (xsangka terkena virus ni) amat tidak selesa dan menduga kesabaran(tahap gaban). Sape yang dh kena mmg dh tau ape kesannya..
Second day SPM, c.da terpaksa menghadiri mesyuarat di Cameron Hingland. Ambik peluang dan kesempatan yang ada, c.da ajak hubby and insyirah bercoti bersama di CH, after the meeting lah..so c.da extend coti di CH..tup tup last day c.da dh diserang virus 'chicken pox'.Alahai, sambung lagi coti c.da di rumah (seminggu berkurung di rumah), insyirah c.da terpaksa eksport ke rumah mak n mertua..berkat kesabaran c.da dh beransur pulih cuma perlukan masa untuk merawat 'tanda' chicken pox ini sepenuhnya.. thanks to hubby yang amat memahami dan menjaga c.da..

Thursday, July 15, 2010

SYAABAN

Pengertian Syaaban

-berpecah-pecah atau berpuak-puak

-masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.


Amalan-amalan di bulan Syaaban
  • Memperbanyakkan puasa sunat-3 hari di awal bulan, 3 hari dipertengahan bulan dan 3 hari di akhir bulan.

  • Bertaubat.

Peristiwa penting di bulan Syaaban

  • Malam Nisfu Syaaban
  • Penukaran Arah Kiblat-dari Baitul Muqaddis ke Baitullah, Mekah

  • Peperangan Bani Mustaliq(Muraisi')

cikda just berkongsi maklumat sempena bulan mulia ini. Sesungguhnya bulan REJAB adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan SYAABAN adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan bulan RAMADHAN adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.



..cikda...

Wednesday, July 14, 2010

Hari Ko-Kurikulum Sekolah

13-14 JULAI 2010



Berlangsungnye karnival ko-kurikulum peringkat sekolah..



dan c.da bersama rakan-rakan seperjuangan bertungkus lumus menyediakan persiapan memandangkan masa yang diberikan amat suntuk. Minggu yang sibuk dengan pameran dan jualan kelab-kelab persatuan. Dan berakhir dengan limpahan air hujan (majlis penutup bawah khemah, habis lencun baju cg2 brains)..pepun karnival dan berakhir. Alhamdulillah..



Dan bulan yang sibuk untuk menghabiskan silibus untuk peperiksaan...harap-harap berjaya menghabiskan mengikut jadual....


..cikda...

Wednesday, July 07, 2010

Majlis Perkahwinan Achik n Ani (SIL)


Salam pada semua, lama jgk c.da x wat n3..tetiba plak ari ni rajin tetiba..lagipun dh lama c.da nk masukkan n3 pasal wedding adik n adik ipar c.da pd Jun yang lalu..



4 JUN 2010 ...



LISA & MIE





aChik, sgt ayu..dh jd puan ye dik..



mg bahagia hingga ke akhir hayat..





.


.


.


.


.






11 JUN 2010...


ANI & SUBHI



Cik Ani yang jelita...foto blur, focus x kena..kena blaja lg ni...


pasangan yang ideal...mg kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat.




c.da dan insyirah...malam pernikahan..




insyirah mmg xlari dari melihat barang hantaran, suka sangat..



n kredit to hubby-----



jejaka idaman Malaya...hihi..mantan hencem.
(teringat masa kita kawen dlu kan)



sepanjang coti sekolah nilah xtvt kitorang cbok ngan wedding adik-adik ni...amat penat tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar even ade byk halangan dan dugaannya.


Selamat menempuh alam perkahwinan bagi semua pasangan baru. Ingat 'SABAR' itu penting...bukan mudah kita hendak melayari bahtera rumahtangga namun jika masing-masing sedar akan tanggungjawab dan sabar dalam menangani dugaan hidup berumahtangga, InsyaAllah keberkatan dari Ilahi akan senantiasa di sisi kita.


Dan juga selamat pengantin baru buat kawan sekolej dlu..


Puan Aini dan suami serta


Encik Saiful Shafiai dan isteri, (kredit to abg Ivin, nice pic)


maaf xdapat hadir..harap bahagia mengiringi kalian.

..cikda..


Monday, May 31, 2010

Achik's Wedding



Salam semua,




Dah agak lama xupdate, so banyak cerita yang jarang dapat dikongsi pada semua. Lebih-lebih lg dgn broadband yg mmg slow suam2 kuku. Event yang terdekat, c.da cbok dgn majlis perkahwinan dinda c.da pada 4 Jun ni..untuk tidak menghampakan, c.da jemput semua kenalan, sanak saudara serta bloggers setia untuk meraikan majlis perkahwinan adinda c.da yg dikasihi.


Date : 4 Jun 2010 (Jumaat)
Venue : Kg. Sekati Manir, Kuala Terengganu

Event : Majlis Perkahwinan

Saliza binti Sulong dan Muhammad Azmi bin Mat Noor


Dan c.da baru mendapat anak saudara baru, anak angah...girl. So insyirah nanti dh ada adik sepupu yang kedua...yang ketiga dan keempat, coming soon, insyaAllah. Mudah-mudahan Allah melindungi bakal2 ibu ini.

Sunday, April 11, 2010

Hujung Minggu Bersama Insyirah

Salam pertemuan kembali....hujung minggu yang mendamaikan coz tanpa perlu bergegas ke tempat kerja. Sudah 2 minggu c.Da menghabiskan hujung minggu di tempat kerja lantaran tuntutan tugas dan program sekolah. Akhirnya hujung minggu ini kami manfaatkan bersama-sama antara Umi, Ayah Dan Insyirah.

Hari Jumaat proses mengecat rumah ayahanda kt kampung, tapi c.Da tersilap beli color cat plak. Aim color untuk luar rumah tapi sebenarnya untuk dalam rumah. Nasib baik boleh digunakan jugak. Maka bermulalah proses mengecat dengan bantuan penuh Hubby tersayang. Tq so much hubby. C.da tolong skit2 je, bab memanjat serah pd hubby ler..:)


' insyirah pun nk tolong jgk'

Hari Sabtu, settlekan urusan yg belum settle lg..(dh lewat bayar kete..huhu..bz2..). pastu singgah ke Pc Fair..uih ramai org sampai parking pun penuh..dh dapat barang yg diidamkan..hehe..(tq hubby)maka cepat2 kitorg blah..lg lama lg pusing kepala, ramai dan bingit sgt bunyinya. Masing2 nk tunjuk hebat.


Petangnye aktiviti riadah...kat pantai sambil insyirah main wau 'Daraemon'...haha dh lama beli cuma sekarang baru p main..huhu, nasib baik naik cuma angin kurang..panas sgt kot..tau2 jelah musim sekarang ni. Alih2 umi insyirah yg main...bes jgk..dh lama x main wau.

upacara menaikkan wau daraemon...nmpak x? insyirah dgn beraninya cuba menaikkan wau..hehe..


wau telah berjaya dinaikkan...yahoo...tinggi x?


gaya seorang pemain pro..


sgt hepi bila melihat insyirah gembira...:)


hubby yang hencem....teringin nk mandi laut tp apakan daya..
keadaan laut dan pantai x mengizinkan..


nampak x tali kt tangan insyirah? mcm org dh biasa main je...huhuhu..anak ayah katakan.

umi cam biasa, rileks je..


penat berjalan, rehat jab..


ni time insyirah nk ajak umi main air...eee, takutlah dik..hihi.

smile....

time ayah nk ajak insyirah balik...nasib baik dia nk balik, kalu x jenuh jgk memujuknya..
moga kebahagiaan sentiasa di sisi kami sekeluarga.
Jumpa Lagi..

Thursday, March 11, 2010

Cuti Sekolah



Salam...bertemu kembali. Pelajar SPM dah tau result masing2...tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Yang kurang berjaya, jangan putus asa, mungkin ada sesuatu yang perlu dilakukan lagi kerana perancangan Allah melebihi daripada perangcangan kita.


C.da pula akan mempunyai masa bersama insyirah sepenuhnya...:) , maklum r cuti sekolah dan bermula dan insyaAllah destinasi pertama kami ialah menghadiri kenduri kahwin AZURA, kawan sekuliah c.da dulu di n9 (sambil coti2 cuci mata)...doakan moga perjalanan kami selamat dan dipermudahkanNya.
Jumpa lagi, wassalam.


Monday, March 01, 2010

Keletah Anak Manja Umi

Antara keletah insyirah...


di rumah maktok..

bersama dengan tok ki, perasaan ingin tahu terhadap telur ayam

antara yang tidak dapat dilupakan, bermain dengan tepung kastard ketika umi tengah memasak...habis!!!penat umi kemas..

suka jika diajak berjalan-jalan...


dan banyak lagi sebenarnya gelagat anakanda tercinta ini...sekarang dah pandai mencuba apa yang kita telah lakukan...ibarat kata pepatah ibu bapa merupakan teladan pada anak-anak. Sama-samalah kita berdoa semoga anak-anak kita senantiasa berada dalam lindungan dan rahmat ILAHI dan dijauhi dari sebarang anasir yang kurang baik.

Saturday, February 27, 2010

HAPPY BIRTHDAY INSYIRAH

Permata Hati Ayah Dan Umi, Selamat Hari Lahir

Insyirah, 2 tahun.

Birthday Event

Ayah dan Insyirah..

Tak sabar nk potong kek coklat 'segera'.

Senyumanmu ...
Umi dan ayah mendoakan insyirah akan menjadi anak yang solehah dan bahagia dunia dan akhirat.


Tuesday, February 02, 2010

Bila di sekolah..

Dah lama x menjenguk blog teratak insyirah...sejak sek dibuka c.da semakin sibuk apatah lagi dengan aktiviti pelajar serta tugas yang bertimpa2..antara aktiviti yg telah dan bakal berlangsung ialah....

1. Merentas desa-baru je diadakan..c.da have to standby at one of the check points...first time masuk kawasan pertanian ni...even dh lama bdk2 p merentas desa...ntah camne bo terserempak ngan sekumpulan kerbau yg terkejut tgk bdk2 tgh lari...on d way balik terjumpa plak sekumpulan lembu ngan pengembalanya...uihh...lembu ni xtakut ngan kenderaan kitorg pun..



2. Sukantara dan Olahraga - bakal diadakan mggu dpn.





dan c.da serta rakan seperjuangan akan bertungkus lumus bagi memastikan semuanye berjalan dengan lancar..


Jumpa lg...wassalam..