Tuesday, July 24, 2012

Doa Orang Berpuasa

salam, bertemu kembali...
satu cerita yang ingin dikongsi bersama..


bulan ramadan biasa dikaitkan dengan bulan panas kerana kebetulan pada masa difardukan puasa berlaku pada kemuncak musim panas..alhamdulillah puasa tahun ni darjah kepanasan berkurang berbanding tahun lepas kerana hujan pula membasahi pada waktu petang atau malam(di kawasan c.da) setakat hari ni....

tugas seorang pendidik memerlukan guru menunjuk ajar anak didiknya setiap hari...tentulah akan menggunakan suara kurniaan Ilahi..nak diceritakan berkatnya ramadan ni tengah c.da mengajar tetiba tekak berasa sakit dan perit (mgkin kurang air) dan batuk pula menyusul..biasanya kalu dh batuk payah nk hilang dalam sekelip mata..akan ambil masa jugak..kekadang sampai hilang suara.

ya Allah, macam mana nak teruskan amanah ni. Kalu tidak dibulan puasa bolehlah kita berhenti dan minum air untuk mengurangkan sakit tekak ni, dh sah-sah sekarang bulan puasa. Lantas c.da terus berdoa dalam hati,


" Ya Allah, Kau berilah aku kekuatan untuk bertahan, Ya Allah Kau hentikan sebentar sakitku ini agar dapat ku laksanakan amanahku ini."

 Lepas berdoa c.da teruskan mengajar.Tanpa sedar c.da dapat meneruskan amanah c.da tanpa merasa sakit tekak dan batuk pun .Terdiam c.da sebentar memikirkan kebesaran Ilahi. Doa orang yang berpuasa didengar Allah dan dimakbulkanNya..Subhanallah, Alhamdulillah , Allahuakbar. Sekadar pengkongsian pengalaman c.da

Moga kita terus diberi taufik dan hidayahNya serta diampuni segala dosa. Amin..
 Jumpa lagi..