Sunday, March 29, 2009

I Love Terengganu

Memang syok kalu p terengganu..kt mane-mane ada pantai..antaranya,

  1. Pantai Batu Buruk
  2. Pantai Teluk Ketapang @pantai airport
  3. Pantai Batu Rakit
  4. Pantai Penarik

dan banyak lg lah...

Yang bestnya kalu p sek dari umah mak, mmg confirm lalu tepi pantai...
pagi-pagi dh dpt tgk matahari naik..
memang x dpt di bayangkan dgn kata-kata
keindahan pantai ciptaan Ilahi.




Waktu bertugas di Nelayan Beach Resort, Penarik,Setiu.

Hari Anugerah Akademik 2009


Tanggal 28 mac 2009, satu majlis penganugerahan kecemerlangan akademik telah diadakan di Brains. Tahniah kepada semua penerima anugerah termasuk yg empunya blog ni...hi..hi..masuk bakul angkat sendiri.
Namun bukan anugerah yang kami cari, cukuplah sedekah doa al-fatihah bila kami dah tiada nanti.




Moga kejayaan mengiringan anakanda sekalian. Tahniah skali lg.

Thursday, March 26, 2009

My Sister, Saliza@Lisa

Salah sorang adik kesayanganku, Lisa...first time p Penang and Perak.
Hepi sakan no..


GAMBAR YG PALING K.LONG SUKE...LOOK NATURE JE.



WE ALL LOVE U....

Kasut Merah Adik


Nilah first time insyirah dapat kasut dari acik dia..

Bukan main syok lg..jalannya pimpin tgn lg. Still takut nk berdiri betul.

Tuesday, March 24, 2009

ANGAH PUNYA....

Tak lama lg, ktorang akan dapat ahli baru dalam keluarga...angah punya lah ni...sorang-sorangnya adik lelaki.

Girls Power....kitorang memang ramai pepuan. Sorang je xde kt cni, kak Yu. Tgh study kt matrikulasi Gambang.

Macam berpakat je mak ngan bakal menantu ni...same color r....

LIKE FATHER LIKE DAUGHTER

Muka insyirah ikut sape? Ayah kan...



Time raye, tema purple. Tp hubby cakap lain kali xyah pakai color purple, ramai sgt yg join skali...



Bestnye dapat tido...penat je ayah dukung.



Kali kedua rambut insyirah kena cukur...

Sunday, March 22, 2009

BRaInS


Barisan pendidik anak-anak bangsa....
Gambar ni semasa majlis graduasi 2008 di Merang Suria Beach Resort.

Thursday, March 12, 2009

cuti oh cuti..

Cuti sekolah dah bermula, insyirah hepi sgt coz umi akan duk depan dia dan melayan dia je. Even umi nk p bilik air pun insyirah akan ikut..Sekarang ni asyik nk jln tp dengan syarat dia akan pegang tgn umi dia dulu. Masih takut nk lepaskan tgn. Masa nilah tok dan to'ki akan berehat coz waktu sekolah ni tiap pg ayah akan hantar insyirah balik kg.

Gambo ni waktu kitorang p cameron awal tahun ni..tgk insyirah, baru bangun tido tu.

spm 2008

alhamdulillah...

BRaInS dapat 8 orang straight 1A dan 23 orang straight A. Ramai cikgu-cikgi yang hepi coz GPA subject diorang naik tahun ni..

PMR,? Hi..hi.. subjectku dpt 100% A. Alhamdulillah, berkat usaha cikgi2.

Tuesday, March 10, 2009

akhirnya

akhirnya, dpt jgk buka blog ida ni..nanti wajah baru akan datang

Thursday, October 23, 2008

Apa Itu Cinta?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona

Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab - >

Tuesday, September 23, 2008

Ubat kepada hati


kalu ada masa buka laman web ini.

http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx

sebagai halwa telinga kita tatkala sedang wat keje tu..

Wednesday, September 03, 2008

Cara Menangani Stress


  1. Banyak membaca al-Quran.
  2. Banyak bersenam.
  3. Kawal pemakanan.( Kurangkan makan daging merah, banyakkan makan buah-buahan dan elakkan makanan segera)
  4. Rajinkan diri melihat ikan di akuarium.
  5. Menangis dapat menghidari stress.
  6. Bercerita dan mendengar cerita.
  7. Mandi air suam.
  8. Peluk bayi .
  9. Amalkan teknik urutan.

Thursday, July 31, 2008

uNgu Karmila


Sebuah novel triller, lum abis lagi baca. Dah lama tak baca novel. no time to do that.