Monday, August 10, 2009

Angah Dah Kawen..

Salam..bertemu kembali setelah sekian lama x update blog ni..dh bersawang jgk r. Di kesempatan ini c.da nk post gambar2 sekitar majlis perkahwinan adinda c.da, angah untuk tatapan korang.

tiba saatnya aku dinikahkan...

sedia?

mother and MIL angah nyer

sisters from left : Ira, Yana, Lisa and Acu.
ESOK HARI ....
Perarakan Raja Sehari

Rombongan ktorang...

Suri pilihan hati..

Sama hencem, sama lawo..

Pengapit Setia, Cik Amira..

Time ni ktorang x melepaskan peluang..hehe..

Moga kekal hingga ke akhir hayat...

(teringat masa c.da kawen dulu, huhu)

Masa majlis ini berlangsung, Toki c.da masih lg berada di hospital....sayangnya dia tidak sempat menyaksikan majlis cucundanya betul seperti mana yg pernah beliau katakan sebelum ini.

Pepun Kaklong doakan moga angah dan orang tersayang cepat-cepat dapat baby..xsabo nk ada anak sedara..(setakat ni xde lg ank sedara baik dari pihak hubby-insyirah cucu sulung kedua-duanya) tp akan datang,InsyaAllah..(kakak ipar dh nk masuk 8 bulan).

Tuesday, July 21, 2009

Perginya Seorang Hamba Allah


Dah lama x update blog ni..ke'busy'an melanda lebih-lebih lagi dengan majlis perkahwinan Angah pada 17 Julai yg lalu(nantikan n3 yg akan datang)...tapi dalam keadaan yg busy ini c.da dikejutkan dengan berita kematian atuk (tok ki) yang dikasihi tanggal 27 Rejab(Israk Mikraj) yg lalu. Tok ki c.da ni dh lama sakit, asyik kluar masuk hospital sahaja. Malam sebelum kematiannya c.da sempat melawat tok ki c.da ni di hospital setelah di khabarkan dia agak tenat. Malam tu pukul 12 c.da bergegas ke hospital. Sempat r juga menjaga dan membacakan surah Yasin.
Keesokkan kami sekeluarga memutuskan untuk membawa tok ki pulang setelah keadaannya tidak menampak sebarang perubahan..Namun siapa sangka dalam saat menanti ketibaan Tok ki tersayang, rupanya Allah lebih dahulu menjemputnya..Tok ki meninggal dalam perjalanan pulang ke rumah. Perjalanan yang rupanya membawa dia jauh dari kami semua. Amat sedih tapi kami semua redha atas pemergiaannya.
Al-Fatihah buat Almarhum Embong bin Ismail..

Monday, July 13, 2009

Ketenangan Hati

Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman, bersinar harum tersebar, bagai wanginya pusara Masyitah..

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang hening
melainkan dengan bermunajat kepada-Mu
Tiada indah suatu hari yang aku lalui
kecuali dengan patuh kepada-Mu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan keampunan-Mu
Ya Allah Tuhanku yang merubah kalbu
Tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa dalam agama-Mu
Jua taat akan perintah-Mu

Tuhan
Usah bebankan kami
dengan bebanan yang berat
seperti yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu...dari kami
Tuhan
Jangan pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami...


(Lirik Lagu Nasyid Kumpulan Devotees)

Friday, June 26, 2009

Umi rindu adik..

Ari ni c.da duk kuantan tengah taklimat SMM. Sebelum tu c.da dh ke cherating untuk KUDATA. Sesapa yg jadi guru data sekolah memang kena tabah dalam menghadapi sebarang cabaran yang akan di hadapi kerana salah satu syarat untuk menjadi guru data ialah dia mesti seorang yang bersedia dari segi mental dan fizikal.
Tapi sebenarnya c.da rasa penat sangat berkejar ke sana-sini dan yang sodihnya terpaksa meninggal anakanda kesayangan c.da. Begitu setianya guru pada tugasnya. Rela berkorban masa dan tenaga demi menunaikan amanah yang diberi. Namun tak semua faham tentang tugas kita dan kadang kala pengorbanan kita tidak dihargai.
Baru sehari di sini c.da dh kangen bangat dengan puteri c.da. Yelah ari tu dh tinggal dia 3 hari skrg tambah 3 hari plak. Aduih, rindu betul ni..Rasa serba salah pun ada. Yang sodih lg ayah insyirah pun terpaksa ke besut jgk waktu ni..so insyirah full time ngan mak tok dia.
Balik dari cherating ari tu c.da p ambik dia kt umah mak. Memang dia terkejut nampak c.da..nampak lain sgt. Mungkin dia tak percaya yg umi dia dh balik kot. Tup2 esok kena tinggal balik..Hubby cakap waktu nk tinggal tu insyirah moody je..xnak layan ayah. Dia tau kena tinggal kot.
Tak sabar menanti ari esok. Esok c.da akan bertolak balik..harap semua berjalan lancar dan perjalanan balik selamat. Tak sabarnya nak jumpe insyirah. Umi rindu adik..(dan hubby, hehe).

Saturday, June 20, 2009

Selamat Hari Ayah


Khusus buat insan yang bernama ayah, abah, babah, abi, walid, bapak, papa dan sebagainya..SELAMAT HARI BAPA....c.da x sempat nk celebrate untuk hubby tp mujurlah semalam ktorg sempat menjengah ke air terjun Lata Tembakah di Besut. Insyirah siap main air sampai xnak balik..penat pujuk last2 c.da jugak yg poning..nk jalan sendiri katakan.'x sedar yg dia tu kecik nk daki tangga' huhuhu..
Ari ni c.da akan berkursus di cherating dan hubby plak ke dungun dengan program khidmat bakti..dan insyirah akan tinggal ngan mak tok dia hampir seminggu..coz balik cherating c.da kena pergi mesyuarat di kuantan plak..harap2 semua berjalan dengan lancar.

So n3 ni khas untuk hubby dan bapak tersayang. Terima kasih ayah atas pengorbanan ayah selama ini untuk kami berdua. Kami sayang Ayah. Moga hidup ayah dirahmati Ilahi. Tak lupa buat bapak c.da, jasa pak amat c.da sanjung dan Insyaallah akan c.da balas jasa pak selama ini selagi termampu.
(Foto xleh upload coz lappy ni xde gambo diorang...)

Sunday, June 14, 2009

Hanya Tinggal Kenangan

Buah hati kesayangan hamba telah dilarikan orang..kehilangannya amat dirasai bila mana terlalu singkat masa kita bersama berdua..huhu. Kalu nk tau nilah dia 'kekasih' c.da..malang sekali dah diambil orang.


Sony Ericsson G900

Apa dayaku...kejadian berlaku malam setelah kami tiba dari Melaka. Sedar2 'sidia' dh diambil orang tanpa rela di rumah sewa c.da dengan menggunakan 'joran' yang dibuat sendiri. Biasanya c.da simpan di tempat yang tersorok. Oleh kerana malam tu kitorang penat so c.da letak kt atas kepala je.
So c.da nk pesan pada semua agar berhati-hati ketika menyimpan barang2 yang berharga, terutama handbag. Be careful kepada pengail yang tak bertimbang rasa. Sodih betui..

Monday, May 25, 2009

Ada Ape Pada Nama

Ada sesiapa yg serupa nama dgn c.da x? Ingin jugak tahu, coz setakat ni tak jumpa lg..

NORHIDAWATIE
NNaif
OOportunis
RRamah
HHarum
IIkhlas
DDinamik
AAmanah
WWarak
AAlim
TTulus
IIdealistik
EEmosional
Apa ada pada nama?

ala... ye ke? ambil sebagai pengajaran even xleh percaya 100% sgt.

Thursday, May 21, 2009

Tag Dari Ena

Tag ni dh lama cuma baru skrg rasa nk jawab.. sori ye sahabat..


Soklannya:
1) You just go to your photo folder in your computer..

2) Then go to the 6th folder of photos..

3) Then go to the 6th picture in that folder..

4) Put the picture on your blog n description of it.

5) Invite 6 friends to join the challenge.

6) Link them in your blog n let them know they have been challenged.


Jawapannye..hehe mcm jwb soklan pekse plak.

gambo raye thn lepas..ayah dan insyirah. insyirah moody skit ari tu, x suke org ambik gambar kot. Pepun nilah orang kesayangan c.da selepas bapak dan mak.
kALu ikut tag tu, kena invite kwn..6 people, so yg bertuah ialah..
1) k.zurena samura
2) k.hasnizan
3) eddy ex student
4) ihsan ex student
5) asmaa ex student
6) sesapa yg tgh membaca blog ni..
p/s : jawab jgn x jawab.

Monday, May 18, 2009

Kad Ucapan Untuk Guru

Kad yg telah dibuat sendiri oleh pelajar Brains...(mmg kreatif bdk2 ni)















terima kasih anakanda semua.

Sunday, May 17, 2009

Teachers Day



Hari ini 17 Mei 2009, sambutan hari guru diadakan..tengah2 duk nunggu untuk perarakan tetiba jemaah Nazir Persekutuan tiba dengan machonye...katenye nk menilai sekolah bagi mendapatkan status sekolah kluster..angin xde, ribut xde tetiba smpai time ni.
Pepun kemeriahan masih dapat diteruskan. Acara di dewan dengan ucapan perutusan seterusnya nyanyian lagu(cam biasa r setiap tahun)... habis di dewan, pertandingan dimulakan..kita ikuti babak seterusnya di bawah ni..

Gubahan Hatiku...

Acara 'shooting ball', yg penting rumah Musa Juara..(c.da pun masuk skali)



Acara Jet Pening, still umah Musa Juara.. (nasib baik bukan cg yg pening)

Ni antara acara untuk kaum hawa...yakni cikgi2 shj..berpeluh sakan..but hepi sesangat..dh lama cg x bergumbira..la..la..la. Jumpa lg.

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu..

...Mesti hepi sesapa yg bergelar ibu, ada hari istimewa untukmu..pasti kita xkan lupa pada jasa insan yg telah melahirkan kita..sesapa yg telah lupa , ingatlah syurga dibawah telapak kaki IBU..tiada ruginya kalu kita berbakti untuk membalas semua jasa ibu kepada kita.

Buat emakku..Pn Maimon Tengah..pengorbananmu tidak ternilai dan tak termampu kami untuk membalas semuanya. Hanya doa mg dirimu bahagia dan dirahmati Allah sentiasa. Kami sayang Emak.

Wednesday, May 06, 2009

Langkah berjaga-jaga...

Sebagai langkah berjaga-jaga c.da syorkan tido dalam kelambu untuk mengelakkan nyamuk melilau kt telinga ni. Sekarang ni kan mcm2 penyakit disebabkan nyamuk ni.

Tapi kalu TUHAN nk bagi dugaan sekejab je. 2 hari yg lepas angah disahkan demam denggi..kesian dia. Demam terjadi bila dia balik dari PD,N9 ...gigitan binatang ni pun tak tau berlaku di mana.so c.da nasihatkan kalu tido pakai ubat nyamuk..kalu takut asap beli yg lektrik punya...

angah yang kontrol hencem...mg cepat sembuh ye..

Siapa driver ni?


VROMMM...




pon..pon..pon..keretaku berbunyi..

Tiap kali c.da tgk foto ni, mmg tergelak sorang. Betapa eksyennya anakanda ku sorang ni...mengalahkan ayah bawak kete...mmg insyirah ni, xduk diam kalu dlm kete.abih nk dipegang ni. mula r umi poning kepala..dalam sehari dua kali , kalu seminggu 10x..dia pun dh boring duk dlm kete...membesar camtulah ari2.



Pernah tengok iklan Shell yg ada kete ferrari tu kan..ha, tulah favourite iklan insyirah..xbergerak time iklan tu.mmg kete impian dia kot..ermm...