Tuesday, July 21, 2009

Perginya Seorang Hamba Allah


Dah lama x update blog ni..ke'busy'an melanda lebih-lebih lagi dengan majlis perkahwinan Angah pada 17 Julai yg lalu(nantikan n3 yg akan datang)...tapi dalam keadaan yg busy ini c.da dikejutkan dengan berita kematian atuk (tok ki) yang dikasihi tanggal 27 Rejab(Israk Mikraj) yg lalu. Tok ki c.da ni dh lama sakit, asyik kluar masuk hospital sahaja. Malam sebelum kematiannya c.da sempat melawat tok ki c.da ni di hospital setelah di khabarkan dia agak tenat. Malam tu pukul 12 c.da bergegas ke hospital. Sempat r juga menjaga dan membacakan surah Yasin.
Keesokkan kami sekeluarga memutuskan untuk membawa tok ki pulang setelah keadaannya tidak menampak sebarang perubahan..Namun siapa sangka dalam saat menanti ketibaan Tok ki tersayang, rupanya Allah lebih dahulu menjemputnya..Tok ki meninggal dalam perjalanan pulang ke rumah. Perjalanan yang rupanya membawa dia jauh dari kami semua. Amat sedih tapi kami semua redha atas pemergiaannya.
Al-Fatihah buat Almarhum Embong bin Ismail..

1 pengomen:

UMMI INSYIRAH said... [Saya Mahu Reply!]

Kekadang rindu datang bertandang...tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermanja..