Tuesday, July 24, 2012

Doa Orang Berpuasa

salam, bertemu kembali...
satu cerita yang ingin dikongsi bersama..


bulan ramadan biasa dikaitkan dengan bulan panas kerana kebetulan pada masa difardukan puasa berlaku pada kemuncak musim panas..alhamdulillah puasa tahun ni darjah kepanasan berkurang berbanding tahun lepas kerana hujan pula membasahi pada waktu petang atau malam(di kawasan c.da) setakat hari ni....

tugas seorang pendidik memerlukan guru menunjuk ajar anak didiknya setiap hari...tentulah akan menggunakan suara kurniaan Ilahi..nak diceritakan berkatnya ramadan ni tengah c.da mengajar tetiba tekak berasa sakit dan perit (mgkin kurang air) dan batuk pula menyusul..biasanya kalu dh batuk payah nk hilang dalam sekelip mata..akan ambil masa jugak..kekadang sampai hilang suara.

ya Allah, macam mana nak teruskan amanah ni. Kalu tidak dibulan puasa bolehlah kita berhenti dan minum air untuk mengurangkan sakit tekak ni, dh sah-sah sekarang bulan puasa. Lantas c.da terus berdoa dalam hati,


" Ya Allah, Kau berilah aku kekuatan untuk bertahan, Ya Allah Kau hentikan sebentar sakitku ini agar dapat ku laksanakan amanahku ini."

 Lepas berdoa c.da teruskan mengajar.Tanpa sedar c.da dapat meneruskan amanah c.da tanpa merasa sakit tekak dan batuk pun .Terdiam c.da sebentar memikirkan kebesaran Ilahi. Doa orang yang berpuasa didengar Allah dan dimakbulkanNya..Subhanallah, Alhamdulillah , Allahuakbar. Sekadar pengkongsian pengalaman c.da

Moga kita terus diberi taufik dan hidayahNya serta diampuni segala dosa. Amin..
 Jumpa lagi..

Thursday, July 19, 2012

Ihya' Ramadhan 2012


SELAMAT DATANG RAMADHAN...
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...

 

Sedikit pengisian berdasarkan ceramah sempena pelancaran 'IHYA' RAMADHAN'..

Antara Gelaran bagi mengambarkan bulan Ramadhan...


  • Bulan Siyam iaitu bermaksud puasa
  • Bulan Qiyam iaitu ibadat di malam hari
  • Bulan Al-Quran iaitu bertadarus sepanjang ramadhan
  • Bulan Al-Infaaq iaitu bersedekah (setiap hari walaupun sedikit)
  • Bulan Al-Mujaahadah (mujahid)-berdasarkan sirah nabi peperangan yang membawa kemenangan di bulan ramadhan seperti perang Badar.

Moga kita diberi kesempatan oleh Allah s.w.t dan berupaya menjalani ibadah puasa dengan sempurna pada tahun ini. Sama-samalah kita mempertingkatkan amal ibadah pada bulan ramadhan ini. Kurang bercakap perkara yang tak elok, kurang makan terutama apabila berbuka puasa dan ketika bersahur.(jangan ikut nafsu)
Bulan yang mana pintu-pintu langit dibuka(syurga) dan pintu-pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu. Ambil peluang ini untuk mempertingkatkan iman dan takwa (peringatan untuk diri sendiri jugak) kita kepada Yang Maha Pencipta.

Salam Ramadhan 1433H. Jumpa lagi..


Wednesday, July 18, 2012

Semalam di KL

Salam, bertemu kembali..maaf kali ini betul2 mengambil masa untuk c.da teruskan 'update' teratak insyirah. Sedih melihat blog yg dh lama bersawang ni tanpa cerita baru. Bukan xnak but tuntutan kerjaya memerlukan masa yang sepenuhnya. So c.da just 'layang'kan ini untuk tatapan semua..


our princess already 4 years old...thn dpn nk p 'school' katanya...dh boring duk umah ler ni..
insyaAllah.


first time naik LRT...huih excited lebih, nasib baik ade mak sedaranya..kredit to CIKNA.

ehem..


no comment..gaya bila dh bosan menunggu..

time ni bila ktorang p KL ambik cikna and her 'barang' yg penuh satu kete..katanya kena pindah p UTM skudai plak..huhu..

Pose dah makin menjelma so harap2 thn ni lebih baik dari tahun sebelumya...mantapkan ibadah terutama solat sunat dan bacaan al-Quran.

Jumpa lagi..



Tuesday, September 27, 2011

LEBARAN 2011

WE HAVE A BIG FAMILY!

 salam lebaran 2011..maaf zahir dan batin.

 Keluarga Mertua (so pinky this year)

my beloved family..(mak dh xnmpak coz ank2 nye dh tinggi membesar)

Hope this happiness kekal selamanya..

Monday, June 27, 2011

Umrah...

salam
dah lama x wat n3..ke'cbok kan melanda.. naik cuti sekolah c.da dh p ke Taiping, Perak bawak netball team ke Kejohanan Netball SBP. Balik dari Taiping, terus ke rumah pak sedara untuk berjumpa tok coz esoknya dia dh p wat umrah kt Mekah..esoknya c.da lewat ke sek coz nk memeriahkan suasana masa nk anto tok naik 'flight'. Sempat ler jugak bergambo.. c.da and tok..


 insyirah awal2 lg dh ajak nk p jejalan...

 penantian...

c.da doakan tok n rombongannya selamat pergi dan selamat kembali...dan dipermudahkan segalanya.

p/s : teringin nk ikut skali...kita bila lg? 

-c.da-

Sunday, June 12, 2011

Pra Jambori Malaysia ke 12

PRA JAMBORI PENGAKAP 

Time cuti sekolah, cikda ade gak join Perkhemahan Pengakap ni mewakili Kontinjen Kuala Terengganu Utara...yang ni baru pra, so yang sebenarnya akan diadakan pada 19 November 2011 ni di tempat yang sama... masa sekolah join gak jambori, masa tu Form 4..skrg nk join gak, tp dh bertukar status plak.. so Selamat Datang Pengakap Komanwel Ke Terengganu...Jumpa Di Sana..











Boleh ikuti serba sedikit tentang Pra Jambori melalui laman web di bawah..layan...

explore terengganu: Pra Jambori Malaysia ke 12: "Bermula dari hari ini 6 Jun hinggalah 9 Jun nanti berlangsung Pra Jambori Malaysia ke 12. Jambori ini diadakan sebagai persediaan Terengganu..."

Monday, May 02, 2011

explore terengganu: Lorat Ganu | Bblang

explore terengganu: Lorat Ganu | Bblang: "Saya tak pasti perkataan ini masih digunakan lagi oleh generasi sekarang atau tidak. 'Bblang' bukanlah bermakna berbelang atau berjalur atau..."

Wednesday, March 09, 2011

explore terengganu: Seketika di Pasar Minggu Manir

explore terengganu: Seketika di Pasar Minggu Manir: "Hari Sabtu baru-baru ini saya berpeluang menjenguk seketika Pasar Minggu di Pekan Manir. Memang sibuk betul suasana ketika itu. Kereta terpa..."

explore terengganu: Miskin tapi bahagia

explore terengganu: Miskin tapi bahagia: "Entah macamana tanpa disangka-sangka ketika outing fotografi bersama rakan-rakan di Batangan, Seberang Marang, saya terserempak dengan seora..."

Monday, February 14, 2011

Cerita Insyirah 2

Malam tadi sempat jugak layan insyirah dan inilah hasilnya....tu pun umi jugak yang tolong.hehe.. Harap-harap keinginan insyirah untuk belajar akan ber'cambah'..


rajin meng'color' tp kalau nk tulis kurang pandai lg..kena rajin belajar ni..

Jumpa Lagi.

Cik Da

Sunday, February 13, 2011

Nothing's Gonna Change My Love To You

Kau Sahabat, Kekasih Dan Teman 

Ku harapkan sinar purnama hingga ke siang
Ku harapkan mimpi-mimpi bukan khayalan
Telah aku jelajahi seluruh benua
Mencari pengertian hidup yang sementara

Manusia beranika ragam dan rupa
Ada yang jujur dan ramai berpura-pura
Ku sangka dalam ilmu dan pengetahuan ku
Tapi ada waktu ku terkeliru

Ku dambakan bukan sekadar yang dinamakan
Kekasih yang menemani ke sana sini
Ku dambakan sahabat dan teman setia
Rela bersama suka dan duka

Jadilah kau sahabat ku, kekasih dan teman
Hanya itu yang ku harapkan
Dalam susah dalam senang kita seiringan
Semoga ikatan berkekalan


Cerita Insyirah

Salam, dh lama xupdate teratak insyirah, awal tahun mmg agak bz je manjang. so try tukar rumah baru, nanti kalu xpueh ati tukar lg..hehe.masih lg dlm proses 'belajar'. kalu ade xkena bo tegur dan beri pendapat.

Insyirah sekarang dh pandai naik basikal ( ajuk insyirah sebikal, )...satu ade kt umah MIL dan yg lama ade kt umah mak. C.da pun dh lama xnaik beskal, naik yg cousin pun dh gayat, mcm org baru first time blajo..hehe. Bukan yg kecik tu, yg besar dan biasa wat p round the kampung lah..

'gambo ni yg paling c.da suka, like father like daughter'

Cuma sekarang c.da nk cari peluang dan ikhtiar untuk insyirah belajar skit2. Maklum r, dua2 sibuk so kalu bo weekend mmg kitorg x p mana2, just stay kt umah je.Moga hari ni lebih baik dari semalam..

Jumpa Lagi.


C.Da

Sunday, December 12, 2010

Cameron Highland 2010

Antara kenangan di cameron highland..

Bila dh sampai cameron, x sah kalu x singgah tea farm...hubby and his brother and sister..(diorg ni first time dtg cni..), umi insyirah mmg hobby ambik gambar je.

Insyirah and strawberry...uih..kan dh kelat muka,masam..

xtau sbb pe, bila nk dwload foto ambik masa hampir setengah jam so c.da just share satu dua je lah yang berjaya di upload.
And the new story,my girl plak demam..terkena jugak ngan virus chicken pox..huhu, ingatkan dh leh elak, tup2 dh terjangkit..so c.da dh standby awal2, buat pe2 yg patut tp masalah sekarang insyirah dh xnk mkn ubat..aim dia bila makan akan muntah..poning jugak c.da. So pepandai ler letak ubat dlm susu ke, (separuh je lah yg masuk).
Harap2 insyirah akan cepat sembuh coz ari2 dh ajak p jejalan p pantai..cian anak umi. Sabar ye..moga Allah beri kekuatan pada anak umi. Doakan kami.

Jumpa Lagi..

Thursday, December 09, 2010

Alahai....

Salam.yuhu dah lama x update ni, dh bersawang bonar ni..hehe. Cuti sekolah memang dinantikan tapi tahun ni c.da ambik tugas jaga exam SPM (masih lagi berlangsung). Tapi sebelum tu c.da nk story about 'chicken pox'. Bukan ape, pengalaman first time kena, (xsangka terkena virus ni) amat tidak selesa dan menduga kesabaran(tahap gaban). Sape yang dh kena mmg dh tau ape kesannya..
Second day SPM, c.da terpaksa menghadiri mesyuarat di Cameron Hingland. Ambik peluang dan kesempatan yang ada, c.da ajak hubby and insyirah bercoti bersama di CH, after the meeting lah..so c.da extend coti di CH..tup tup last day c.da dh diserang virus 'chicken pox'.Alahai, sambung lagi coti c.da di rumah (seminggu berkurung di rumah), insyirah c.da terpaksa eksport ke rumah mak n mertua..berkat kesabaran c.da dh beransur pulih cuma perlukan masa untuk merawat 'tanda' chicken pox ini sepenuhnya.. thanks to hubby yang amat memahami dan menjaga c.da..

Thursday, July 15, 2010

SYAABAN

Pengertian Syaaban

-berpecah-pecah atau berpuak-puak

-masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.


Amalan-amalan di bulan Syaaban
  • Memperbanyakkan puasa sunat-3 hari di awal bulan, 3 hari dipertengahan bulan dan 3 hari di akhir bulan.

  • Bertaubat.

Peristiwa penting di bulan Syaaban

  • Malam Nisfu Syaaban
  • Penukaran Arah Kiblat-dari Baitul Muqaddis ke Baitullah, Mekah

  • Peperangan Bani Mustaliq(Muraisi')

cikda just berkongsi maklumat sempena bulan mulia ini. Sesungguhnya bulan REJAB adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan SYAABAN adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan bulan RAMADHAN adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.



..cikda...

Wednesday, July 14, 2010

Hari Ko-Kurikulum Sekolah

13-14 JULAI 2010



Berlangsungnye karnival ko-kurikulum peringkat sekolah..



dan c.da bersama rakan-rakan seperjuangan bertungkus lumus menyediakan persiapan memandangkan masa yang diberikan amat suntuk. Minggu yang sibuk dengan pameran dan jualan kelab-kelab persatuan. Dan berakhir dengan limpahan air hujan (majlis penutup bawah khemah, habis lencun baju cg2 brains)..pepun karnival dan berakhir. Alhamdulillah..



Dan bulan yang sibuk untuk menghabiskan silibus untuk peperiksaan...harap-harap berjaya menghabiskan mengikut jadual....


..cikda...

Wednesday, July 07, 2010

Majlis Perkahwinan Achik n Ani (SIL)


Salam pada semua, lama jgk c.da x wat n3..tetiba plak ari ni rajin tetiba..lagipun dh lama c.da nk masukkan n3 pasal wedding adik n adik ipar c.da pd Jun yang lalu..



4 JUN 2010 ...



LISA & MIE





aChik, sgt ayu..dh jd puan ye dik..



mg bahagia hingga ke akhir hayat..





.


.


.


.


.






11 JUN 2010...


ANI & SUBHI



Cik Ani yang jelita...foto blur, focus x kena..kena blaja lg ni...


pasangan yang ideal...mg kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat.




c.da dan insyirah...malam pernikahan..




insyirah mmg xlari dari melihat barang hantaran, suka sangat..



n kredit to hubby-----



jejaka idaman Malaya...hihi..mantan hencem.
(teringat masa kita kawen dlu kan)



sepanjang coti sekolah nilah xtvt kitorang cbok ngan wedding adik-adik ni...amat penat tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar even ade byk halangan dan dugaannya.


Selamat menempuh alam perkahwinan bagi semua pasangan baru. Ingat 'SABAR' itu penting...bukan mudah kita hendak melayari bahtera rumahtangga namun jika masing-masing sedar akan tanggungjawab dan sabar dalam menangani dugaan hidup berumahtangga, InsyaAllah keberkatan dari Ilahi akan senantiasa di sisi kita.


Dan juga selamat pengantin baru buat kawan sekolej dlu..


Puan Aini dan suami serta


Encik Saiful Shafiai dan isteri, (kredit to abg Ivin, nice pic)


maaf xdapat hadir..harap bahagia mengiringi kalian.

..cikda..