SELAMAT DATANG RAMADHAN...
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...
Sedikit pengisian berdasarkan ceramah sempena pelancaran 'IHYA' RAMADHAN'..
Antara Gelaran bagi mengambarkan bulan Ramadhan...
- Bulan Siyam iaitu bermaksud puasa
- Bulan Qiyam iaitu ibadat di malam hari
- Bulan Al-Quran iaitu bertadarus sepanjang ramadhan
- Bulan Al-Infaaq iaitu bersedekah (setiap hari walaupun sedikit)
- Bulan Al-Mujaahadah (mujahid)-berdasarkan sirah nabi peperangan yang membawa kemenangan di bulan ramadhan seperti perang Badar.
Moga kita diberi kesempatan oleh Allah s.w.t dan berupaya menjalani ibadah puasa dengan sempurna pada tahun ini. Sama-samalah kita mempertingkatkan amal ibadah pada bulan ramadhan ini. Kurang bercakap perkara yang tak elok, kurang makan terutama apabila berbuka puasa dan ketika bersahur.(jangan ikut nafsu)
Bulan yang mana pintu-pintu langit dibuka(syurga) dan pintu-pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu. Ambil peluang ini untuk mempertingkatkan iman dan takwa (peringatan untuk diri sendiri jugak) kita kepada Yang Maha Pencipta.
Salam Ramadhan 1433H. Jumpa lagi..
0 pengomen:
Post a Comment