Tuesday, July 24, 2012

Doa Orang Berpuasa

salam, bertemu kembali...
satu cerita yang ingin dikongsi bersama..


bulan ramadan biasa dikaitkan dengan bulan panas kerana kebetulan pada masa difardukan puasa berlaku pada kemuncak musim panas..alhamdulillah puasa tahun ni darjah kepanasan berkurang berbanding tahun lepas kerana hujan pula membasahi pada waktu petang atau malam(di kawasan c.da) setakat hari ni....

tugas seorang pendidik memerlukan guru menunjuk ajar anak didiknya setiap hari...tentulah akan menggunakan suara kurniaan Ilahi..nak diceritakan berkatnya ramadan ni tengah c.da mengajar tetiba tekak berasa sakit dan perit (mgkin kurang air) dan batuk pula menyusul..biasanya kalu dh batuk payah nk hilang dalam sekelip mata..akan ambil masa jugak..kekadang sampai hilang suara.

ya Allah, macam mana nak teruskan amanah ni. Kalu tidak dibulan puasa bolehlah kita berhenti dan minum air untuk mengurangkan sakit tekak ni, dh sah-sah sekarang bulan puasa. Lantas c.da terus berdoa dalam hati,


" Ya Allah, Kau berilah aku kekuatan untuk bertahan, Ya Allah Kau hentikan sebentar sakitku ini agar dapat ku laksanakan amanahku ini."

 Lepas berdoa c.da teruskan mengajar.Tanpa sedar c.da dapat meneruskan amanah c.da tanpa merasa sakit tekak dan batuk pun .Terdiam c.da sebentar memikirkan kebesaran Ilahi. Doa orang yang berpuasa didengar Allah dan dimakbulkanNya..Subhanallah, Alhamdulillah , Allahuakbar. Sekadar pengkongsian pengalaman c.da

Moga kita terus diberi taufik dan hidayahNya serta diampuni segala dosa. Amin..
 Jumpa lagi..

Thursday, July 19, 2012

Ihya' Ramadhan 2012


SELAMAT DATANG RAMADHAN...
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...

 

Sedikit pengisian berdasarkan ceramah sempena pelancaran 'IHYA' RAMADHAN'..

Antara Gelaran bagi mengambarkan bulan Ramadhan...


  • Bulan Siyam iaitu bermaksud puasa
  • Bulan Qiyam iaitu ibadat di malam hari
  • Bulan Al-Quran iaitu bertadarus sepanjang ramadhan
  • Bulan Al-Infaaq iaitu bersedekah (setiap hari walaupun sedikit)
  • Bulan Al-Mujaahadah (mujahid)-berdasarkan sirah nabi peperangan yang membawa kemenangan di bulan ramadhan seperti perang Badar.

Moga kita diberi kesempatan oleh Allah s.w.t dan berupaya menjalani ibadah puasa dengan sempurna pada tahun ini. Sama-samalah kita mempertingkatkan amal ibadah pada bulan ramadhan ini. Kurang bercakap perkara yang tak elok, kurang makan terutama apabila berbuka puasa dan ketika bersahur.(jangan ikut nafsu)
Bulan yang mana pintu-pintu langit dibuka(syurga) dan pintu-pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu. Ambil peluang ini untuk mempertingkatkan iman dan takwa (peringatan untuk diri sendiri jugak) kita kepada Yang Maha Pencipta.

Salam Ramadhan 1433H. Jumpa lagi..


Wednesday, July 18, 2012

Semalam di KL

Salam, bertemu kembali..maaf kali ini betul2 mengambil masa untuk c.da teruskan 'update' teratak insyirah. Sedih melihat blog yg dh lama bersawang ni tanpa cerita baru. Bukan xnak but tuntutan kerjaya memerlukan masa yang sepenuhnya. So c.da just 'layang'kan ini untuk tatapan semua..


our princess already 4 years old...thn dpn nk p 'school' katanya...dh boring duk umah ler ni..
insyaAllah.


first time naik LRT...huih excited lebih, nasib baik ade mak sedaranya..kredit to CIKNA.

ehem..


no comment..gaya bila dh bosan menunggu..

time ni bila ktorang p KL ambik cikna and her 'barang' yg penuh satu kete..katanya kena pindah p UTM skudai plak..huhu..

Pose dah makin menjelma so harap2 thn ni lebih baik dari tahun sebelumya...mantapkan ibadah terutama solat sunat dan bacaan al-Quran.

Jumpa lagi..