Friday, June 26, 2009

Umi rindu adik..

Ari ni c.da duk kuantan tengah taklimat SMM. Sebelum tu c.da dh ke cherating untuk KUDATA. Sesapa yg jadi guru data sekolah memang kena tabah dalam menghadapi sebarang cabaran yang akan di hadapi kerana salah satu syarat untuk menjadi guru data ialah dia mesti seorang yang bersedia dari segi mental dan fizikal.
Tapi sebenarnya c.da rasa penat sangat berkejar ke sana-sini dan yang sodihnya terpaksa meninggal anakanda kesayangan c.da. Begitu setianya guru pada tugasnya. Rela berkorban masa dan tenaga demi menunaikan amanah yang diberi. Namun tak semua faham tentang tugas kita dan kadang kala pengorbanan kita tidak dihargai.
Baru sehari di sini c.da dh kangen bangat dengan puteri c.da. Yelah ari tu dh tinggal dia 3 hari skrg tambah 3 hari plak. Aduih, rindu betul ni..Rasa serba salah pun ada. Yang sodih lg ayah insyirah pun terpaksa ke besut jgk waktu ni..so insyirah full time ngan mak tok dia.
Balik dari cherating ari tu c.da p ambik dia kt umah mak. Memang dia terkejut nampak c.da..nampak lain sgt. Mungkin dia tak percaya yg umi dia dh balik kot. Tup2 esok kena tinggal balik..Hubby cakap waktu nk tinggal tu insyirah moody je..xnak layan ayah. Dia tau kena tinggal kot.
Tak sabar menanti ari esok. Esok c.da akan bertolak balik..harap semua berjalan lancar dan perjalanan balik selamat. Tak sabarnya nak jumpe insyirah. Umi rindu adik..(dan hubby, hehe).

Saturday, June 20, 2009

Selamat Hari Ayah


Khusus buat insan yang bernama ayah, abah, babah, abi, walid, bapak, papa dan sebagainya..SELAMAT HARI BAPA....c.da x sempat nk celebrate untuk hubby tp mujurlah semalam ktorg sempat menjengah ke air terjun Lata Tembakah di Besut. Insyirah siap main air sampai xnak balik..penat pujuk last2 c.da jugak yg poning..nk jalan sendiri katakan.'x sedar yg dia tu kecik nk daki tangga' huhuhu..
Ari ni c.da akan berkursus di cherating dan hubby plak ke dungun dengan program khidmat bakti..dan insyirah akan tinggal ngan mak tok dia hampir seminggu..coz balik cherating c.da kena pergi mesyuarat di kuantan plak..harap2 semua berjalan dengan lancar.

So n3 ni khas untuk hubby dan bapak tersayang. Terima kasih ayah atas pengorbanan ayah selama ini untuk kami berdua. Kami sayang Ayah. Moga hidup ayah dirahmati Ilahi. Tak lupa buat bapak c.da, jasa pak amat c.da sanjung dan Insyaallah akan c.da balas jasa pak selama ini selagi termampu.
(Foto xleh upload coz lappy ni xde gambo diorang...)

Sunday, June 14, 2009

Hanya Tinggal Kenangan

Buah hati kesayangan hamba telah dilarikan orang..kehilangannya amat dirasai bila mana terlalu singkat masa kita bersama berdua..huhu. Kalu nk tau nilah dia 'kekasih' c.da..malang sekali dah diambil orang.


Sony Ericsson G900

Apa dayaku...kejadian berlaku malam setelah kami tiba dari Melaka. Sedar2 'sidia' dh diambil orang tanpa rela di rumah sewa c.da dengan menggunakan 'joran' yang dibuat sendiri. Biasanya c.da simpan di tempat yang tersorok. Oleh kerana malam tu kitorang penat so c.da letak kt atas kepala je.
So c.da nk pesan pada semua agar berhati-hati ketika menyimpan barang2 yang berharga, terutama handbag. Be careful kepada pengail yang tak bertimbang rasa. Sodih betui..